Jana Pendapatan Online Anda Sekarang Dan Rebut Peluang Untuk Menangi Hadiah Keseluruhan Bernilai RM 33,000.00!

FAKTA & SASARAN PERTANDINGAN

Hadiah Keseluruhan + Untung Jualan (RM)
Jumlah Transaksi Keseluruhan (RM)
Kumpulan

APA ITU MY OLE BC?

MY OLE BC merupakan singkatan dari Malaysia Online Business Challenge iaitu pertandingan perniagaan berasaskan online. Ia merupakan pertandingan yang julung kali diadakan di Malaysia.

MY OLE BC memfokuskan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan yang menjalankan bisnes online dan membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN

A. Syarat Am

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.
  2. Penyertaan mestilah di dalam kumpulan.Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua (2) hingga empat (4) orang ahli sahaja.
  3. Pendaftaran hendaklah di lakukan di www.klikzen.com/daftar dan pembayaran yuran penyertaan juga di buat terus semasa pendaftaran.
  4. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 sahaja dan pembayaran perlu dilakukan melalui payment gateway yang disediakan sahaja.
  5. Setiap kumpulan WAJIB mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

B. Konsep Pertandingan

  1. Pertandingan ini adalah berkonsepkan sistem dropship. Setiap kumpulan tidak akan menyimpan sebarang produk sebaliknya para penganjur yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan.
  2. Produk-produk bagi pertandingan ini akan ditetapkan oleh pihak penganjur dan para peserta tidak boleh menjual produk lain selain yang telah disediakan.
  3. Para peserta hanya perlu membuat promosi dan pemasaran sahaja untuk menjual produk-produk ini.
  4. Setiap kumpulan akan diberikan satu e-commerce platform atau kedai online iaitu KlikZEN.com untuk menguruskan produk dan tempahan dari pelanggan.
  5. Bagi membantu para peserta membuat jualan pihak penganjur menyarankan semua peserta untuk mengikuti kursus E-Usahawan di bawah MDEC untuk mendapatkan ilmu tentang pemasaran online.
  6. Pertandingan ini akan dijalankan sepenuhnya secara online bermula dari pendaftaran, majlis pelancaran, pemasaran, dan juga transaksi. Majlis pelancaran akan diadakan secara live di Facebok.

C. Tempahan, Transaksi dan Penghantaran

  1. Dalam tempoh pertandingan, para peserta hanya menumpukan kepada aktiviti jualan dan promosi sahaja.
  2. Semua tempahan akan dilakukan secara dalam talian dan pihak penganjur akan memberikan sebuah platform e-commerce untuk semua kumpulan membuat jualan.
  3. Para pelanggan boleh melihat semua produk-produk yang dijual sepanjang pertandingan ini melalui link yang akan diberikan kepada semua kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan link yang unik dan berbeza dengan kumpulan yang lain.
  4. Semua kumpulan tidak dibenarkan untuk menjual lain-lain produk selain yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  5. Harga semua produk telah ditetapkan oleh pihak penganjur pada harga khas untuk pertandingan ini sahaja.
  6. Para peserta tidak dibenarkan menjual melebihi harga pasaran yang telah ditetapkan.
  7. Semua para pelanggan perlu mendaftar dahulu sebelum membuat sebarang tempahan untuk tujuan penghantaran.
  8. Semua transaksi sepanjang pertandingan ini adalah secara ONLINE SAHAJA. Jika pihak penganjur dapati ada transaksi secara offline, maka kumpulan tersebut tidak layak untuk mendapatkan hadiah utama tetapi masih boleh meneruskan aktiviti jualan.
  9. Pihak penganjur menyediakan dua cara pembayaran sahaja iaitu melalui kredit/debit kad dan juga FPX yang memerlukan pelanggan log-in akaun bank masing-masing.
  10. Setiap kumpulan akan menerima dua email dari KlikZEN.com iaitu email tempahan selepas pelanggan menekan butang ‘Check Out’ dan email pengesahan bayaran.
  11. Pihak penganjur juga akan menerima email pengesahan bayaran dan akan teruskan dengan proses pembungkusan dan penghantaran jika tiada masalah pada bayaran.
  12. Pihak penganjur akan menyediakan hotline untuk dihubungi oleh para peserta jika terdapat sebarang masalah semasa membuat transaksi.

D. Pertandingan

  1. Bagi menentukan pemenang, pihak penganjur mengambil kira keuntungan tertinggi antara semua kumpulan.
  2. Semua kumpulan perlu memberikan penyata transaksi kepada pihak penganjur untuk tujuan audit setelah pertandingan tamat. Hal ini perlu supaya pihak audit dapat membandingkan transaksi kedua-dua pihak dan bagi mengelakkan ketidakadilan. Mana-mana kumpulan yang gagal berbuat demikian, maka pengiraan keuntungan akan menggunakan penyata dari KlikZEN sahaja.
  3. Majlis penutup akan diadakan bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan majlis tersebut akan bersiaran langsung di media sosial.

E. Pembayaran Komisyen

  1. Semua komisyen kepada peserta akan di bayar secara online transfer oleh pihak KlikZEN.
  2. Komisyen akan di bayar seminggu sekali setelah proses di bahagian pengurusan dan bank selesai.
  3. Setiap kumpulan perlu mengemukakan salinan penyata akaun semasa membuat pendaftaran.

Wall Of Fame

Pertandingan Perniagaan Online 2

PENGANJUR UTAMA

PENGANJUR BERSAMA

PENAJA

Hubungi Kami

Watch Dragon ball super